Friday, August 22, 2014

MH17

Taklimat sempena memperingati penumpang MH17 yang menjadi mangsa tembakan peluru berpandu di kawasan Ukraine. Seluruh negara bertafakur selama seminit demi memberikan penghormatan kepada mangsa. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.


Wednesday, August 20, 2014

Matlamat Hidup

Matlamat hidup sangat penting  untuk menentukan kehidupan kita di masa hadapan. Samaada kita hidup bahagia ataupun sengsara. Dalam perjalanan hidup yang sangat jauh, kita perlukan peta. Demi menjamin kita tidak kehilangan arah dan tujuan apabila bertemu dengan cabaran atau pun keseronokan yang melekakan. Mulalah tetapkan matlamat kita dari segi kesihatan, pendidikan dan kewangan, ataupun apa sahaja yang hendak dicapai.

Taklimat sarana sk.sungai bain

Sesi taklimat Sarana telah dijalankan di kelas tahun 6. Tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada para ibubapa dan penjaga tentang peranan mereka di rumah untuk menyediakan segala keperluan pembelajaran anak-anak mereka.